Profile Syarikat
FA Global Vending Empire adalah sebuah syarikat hak milik penuh bumiputera yang membekalkan pelbagai model mesin layan diri (vending machine). Kami juga berpengalaman penuh dalam industri mesin layan diri di mana peranan kami adalah untuk membantu usahawan bumiputera terutamanya untuk menceburi perniagaan mesin layan diri ini.
MISI
Menawarkan produk yang berkualiti tinggi dengan memberi kepuasan serta pengalaman yang positif kepada pengguna. Selain itu, dapat membina hubungan jangkamasa yang panjang dengan pelanggan dengan menawarkan nilai dan perkhidmatan yang berpatutan secara konsisten.
VISI
Mewujudkan sebuah syarikat perkhidmatan yang mampu berdaya saing serta mengutamakan pelanggan sambil berusaha untuk menjadi sebuah syarikat perkhidmatan yang bertaraf nasional serta global.
OBJEKTIF
- Membekalkan perkhidmatan yang berteknologi tinggi selaras dengan peredaran masa
- Menjalankan urusan perniagaan secara profesional
- Jujur dan amanah dalam menjalankan urusniaga
- Kepuasan pelanggan merupakan objektif utama dengan menawarkan produk yang berkualiti tinggi
- Kreatif, dinamik serta produktif
- Menghasilkan lagi produk dan cetusan idea yang baru
- Sentiasa mencari alternatif baru untuk memberi kepuasan kepada pelanggan
- Berdasarkan kepada objektif syarikat dan kepercayaan dari pelanggan, diharap FA Global Vending Empire akan menjadi sebuah syarikat yang berjaya dan setanding dengan syarikat-syarikat gergasi yang telah mencapai kejayaan di peringkat antarabangsa

Misi pun out, apatah lgi visi....puuiihhhkkk
ReplyDelete